Sunday, 16 June 2013

Anak Malaysia !


Jika iraq meriah dengan bingitan tangisan
Jika indon meriah dengan bom bertaburan
Jika palestin meriah dengan kekejaman
Mungkinkah Malaysia menjadi sasaran?

Aku tidak mahu bumi ini dipalit darah
Aku tidak mahu bumi ini dihiasi jeritan ketakutan
Seperti tragedi yang bergolak dibumi sana

Aku tidak mahu sejarah diulang tayang
Darjat kita dipijak-pijak
Harta kita rakus dirompak
Ketuanan kita dikoyak-koyak
Oleh penjajah asing yang bongkak

Kini kedengaran suara dia
Kini suara itu bergema di menara
Dengan nyaring tanpa merdunya
Melaungkan kata SATU MALAYSIA!

Aku yakin ia bukan sekadar laungan
Ia kata-kata yang lahir dari rasa
Ingin melihat bangsa bergandingan
Menepis segala kerapuhan di akhir zaman


(2009, 2:15 PM )



No comments:

Post a Comment