Tuesday, 3 December 2013
F#
Dugaan menjelma silih berganti
Tangisan gugur tiada terhenti
Hati ini sudah lama disakiti
Jiwa rasa bagai telah mati
Ya Tuhan, aku sedang diduga...
Thursday, 8 August 2013
#pelangi
Kadang-kadang
Tuhan sembunyikan matahari,
Dia turunkan hujan dan kilat
Kita tertanya-tanya mana perginya matahari ?
Rupa-rupanya Tuhan berikan pelangi :)
#senyum
Wajah kau,
Bagai ada sinar cahaya menerangi.
"Apa rahsianya ?"
Senyum...
Jangan pernah bakhil dengan senyuman
"Apa rahsianya ?"
Senyum...
Jangan pernah bakhil dengan senyuman
Monday, 5 August 2013
Buta
Seperti laki-laki korporat,
Seperti wanita- wanita intelek,
Aku buta,
Buta menilai puisi.
Ya aku buta =..=
Jelik
Jari jemari rakus menaip, Menyusun aksara mengikut tertib, Usah kau buka aib, yang tak dapat
kau
jumpa di arkib...
Sunday, 4 August 2013
mi amor
So many times,
I've tried chasing this feeling away,
mi amor,
But why ?
It never stops strangle me,
Why ?
mi amor..
I just
can't
let
you
go...
mi amor es pobre
Saturday, 3 August 2013
Tiada
Seperti laki- laki gelandangan,
Muda mudi berkeliaran,
Kejahilan meletakan,
Tiada aku berbedanya.
Thursday, 1 August 2013
Friday, 12 July 2013
Orang tua
Hey orang tua,
Apa guna jadi yang dihormati jika diri tidak tahu menghormati ?
Hey orang tua,
Apa guna siang malam bersujud jika hati masih takbur ?
Hey orang tua,
Apa guna harta melimpah jika masih mahu menindas ?
Hey orang tua,
Apa guna ilmu penuh didada jika hanya mahu menunjuk nunjuk ?
Hey orang tua,
Umur dah meningkat tapi otak makin singkat.
Dengar sini wahai orang tua,
Kau gali lubang telinga besar-besar,
Kau sematkan dalam minda betul-betul apa yang ingin aku katakan,
Kalau boleh kau tampal saja guna gam gajah biar melekat terus,
Aku takkan mengalah dengan cacian halus kau itu !
I am the master of my fate !
Thursday, 4 July 2013
Perempuan
Gua mungkin tak secantik lu
Gua mungkin tak sekaya lu
Gua mungkin tak se-femes lu
Gua memang tak ada semua itu
Tapi
Gua punya sedikit otak berfikir dahulu
Sebelum bertindak melulu
Gua mungkin tak sekaya lu
Gua mungkin tak se-femes lu
Gua memang tak ada semua itu
Tapi
Gua punya sedikit otak berfikir dahulu
Sebelum bertindak melulu
Sunday, 16 June 2013
Anak Malaysia !
Jika iraq meriah dengan bingitan tangisan
Jika indon meriah dengan bom bertaburan
Jika palestin meriah dengan kekejaman
Mungkinkah Malaysia menjadi sasaran?
Aku tidak mahu bumi ini dipalit darah
Aku tidak mahu bumi ini dihiasi jeritan ketakutan
Seperti tragedi yang bergolak dibumi sana
Aku tidak mahu sejarah diulang tayang
Darjat kita dipijak-pijak
Harta kita rakus dirompak
Ketuanan kita dikoyak-koyak
Oleh penjajah asing yang bongkak
Kini kedengaran suara dia
Kini suara itu bergema di menara
Dengan nyaring tanpa merdunya
Melaungkan kata SATU MALAYSIA!
Aku yakin ia bukan sekadar laungan
Ia kata-kata yang lahir dari rasa
Ingin melihat bangsa bergandingan
Menepis segala kerapuhan di akhir zaman
(2009, 2:15 PM )
Thursday, 13 June 2013
Kau
Kau,
Yaa kau lah
Ingin aku selami setiap keindahan yang kau catatkan,
Bicara kau, picisan kau,
Aku terhibur,
Kau,
Yaa kau lah
Ketahuilah aku sang pemujamu,
Dalam diam aku pendam,
Aku rasa kagum.
Aku suka kau...
(12:39)
Yaa kau lah
Ingin aku selami setiap keindahan yang kau catatkan,
Bicara kau, picisan kau,
Aku terhibur,
Kau,
Yaa kau lah
Ketahuilah aku sang pemujamu,
Dalam diam aku pendam,
Aku rasa kagum.
Aku suka kau...
(12:39)
Wednesday, 12 June 2013
Thursday, 6 June 2013
Tuesday, 4 June 2013
Monday, 3 June 2013
Sunday, 2 June 2013
Bolos
Acapkali ku mulai bernafas,
Pasti rebah,
Di tariknya rakus ke dasar laut,
Tenggelam dalam hempasan ombak,
Yang pasang tiada surutnya,
Aku lemas
Lemas bergelutan,
Bagai tiada penghujungnya,
Bagai tiada ruang untuk bolos,
Aku lemas..
Pasti rebah,
Di tariknya rakus ke dasar laut,
Tenggelam dalam hempasan ombak,
Yang pasang tiada surutnya,
Aku lemas
Lemas bergelutan,
Bagai tiada penghujungnya,
Bagai tiada ruang untuk bolos,
Aku lemas..
Saturday, 1 June 2013
Hiba
Nasib kau baik,
Berbumbungkan siling flora,
Nasib kau baik,
Berlampukan chandelier,
Nasib kau baik,
Berkipaskan penghawa dingin,
Sedangkan aku,
Berbumbungkan susunan daunan kering,
Berlampukan sinaran mentol kuning,
Berkipaskan anyaman kipas sate.
Nasib kau baik,
Malangnya tiada sekelumit pun kau rasa bersyukur,
Riak, kufur kau taburkan.
Cemburu ?
Dusta jika ku katakan tidak..
Akan tetapi aku masih mampu ucapkan syukur,
Syukur atas segala nikmatNya.
Selirat
Di celahan lubuk hati,
Tersemat satu garisan halus,
Dendam dan pengorbanan,
Diantara garisan halus itu,
aku menapak.
Friday, 31 May 2013
Titik halus
Kau dan aku,
Dunia kita berbeda
Kau dan aku,
Tujuan kita berbeda
Kau dan aku,
Hati kita berbeda
Kau dan aku,
Apa kita punya perasaan yang sama ?
Dunia kita berbeda
Kau dan aku,
Tujuan kita berbeda
Kau dan aku,
Hati kita berbeda
Kau dan aku,
Apa kita punya perasaan yang sama ?
Rasa
Hidupku apa kau kesah
Rentakku apa kau susah
Tenangku apa kau gelisah
Bahagiaku apa kau gundah
Anganku jangan kau terjah
Ahh persetankan apa yang mereka kata
Luahkan saja apa kau rasa
Rasa kau
Aku juga rasa
Coretan
Aku disini bukan untuk berkarya,
Hanya berkata- kata,
Bermadah pujangga,
Yang penuh dusta,
Nista,
Bicaraku caca - marba,
Harap kau percaya.
Thursday, 30 May 2013
Taju'l
"Apalah ditanya hal yang leta,
Haram di dunia seorang tak nyata,
Hati terbakar kalbu bercinta,
Hidup dua hari azab semata,
Malang celaka ditakdir Allah,
Haram seorang tiada pembela,
Malam dan siang di dalam bala,
Tak tau kena dituju hala"
Haram di dunia seorang tak nyata,
Hati terbakar kalbu bercinta,
Hidup dua hari azab semata,
Malang celaka ditakdir Allah,
Haram seorang tiada pembela,
Malam dan siang di dalam bala,
Tak tau kena dituju hala"
Wednesday, 29 May 2013
Hero
Diri kau aku pikir hebat,
Kerna curahan fikiran kau lebat,
Muncul bajingan kau sebat,
Segala peluang kau rembat,
Yaa sampai hatiku kau tambat.
Persepsiku terhadap kau - hero
Kerna curahan fikiran kau lebat,
Muncul bajingan kau sebat,
Segala peluang kau rembat,
Yaa sampai hatiku kau tambat.
Persepsiku terhadap kau - hero
Sejenak sadar
Sigarets bergelimpangan,
Tak dapatku bayangkan,
Ruangan esofagusmu,
Dikaburi nusantara hitam.
Ayuh, stop sigareting.
-tengah lorong bilik
Tak dapatku bayangkan,
Ruangan esofagusmu,
Dikaburi nusantara hitam.
Ayuh, stop sigareting.
-tengah lorong bilik
Subscribe to:
Posts (Atom)