"Wahai wanita,
Bongkah ais bisa cair di gurun alaska,
Tidak semena kau berlegar di kepala,
Jadi.. pergi di ceruk sana,
Jangan kembali lagi walau dialam maya"
"Apalah ditanya hal yang leta,
Haram di dunia seorang tak nyata,
Hati terbakar kalbu bercinta,
Hidup dua hari azab semata,
Malang celaka ditakdir Allah,
Haram seorang tiada pembela,
Malam dan siang di dalam bala,
Tak tau kena dituju hala"
Senja malap
Langit kelihatan begitu angkuh
Sesekali guruh berteriakan
Wajahnya gelap, sugul
Bagai terselindung seribu kesedihan
Bercampur amarah
Bagai tidak mahu berkongsi
Tuhan,
Sedang menguji ciptaanNya
Andai aku tahu apa itu susah
Andai aku tahu apa itu keperitan
Andai aku tahu apa itu kepincangan hidup
Andai aku tahu apa itu resah
Andai aku tahu apa itu bahagia
Andai aku tahu apa itu hilai tawa
Andai aku tahu segalanya..